Thursday, October 23, 2014

nota: KRABI

soalan: saya nak ke krabi, nak minta suggestion hotel atau resort yang bawah rm100 dan yang dekat dengan tempat jual makanan halal.
budget rm500 untuk 4 hari 3 malam, 2 orang cukup tak, excluding flight?

1) stay dkt ao nang eco inn rm70...hotel baru ada lift...50m dr masjid, area situ bnyak mknan halal...

2) Ktorg baru je pegi.. stay kt hotel aonang smile.. sblh kanan dkt dgn restoran halal sebelah kiri dkt dgn massage.. and kwsn situ ade washing machine..incase klo spe2 nk bsh baju lps blik dri pulau.. pakej 7 pulau ktorg dpt rm90 which is 900 baht..plg murah.. klo survey tmpt lain sume ltk rm100 n above..n pakej naik gajah emerald pool hotspring n temple cave dpt rm90.. so total 2 hari around rm180.. ktorg pegi 4 hari 3mlm..

3) Sy bru blk dr krabi jg. Stay di sundaresort.com ... 100% muslim, halal. Tempatnye sgt2 cantik, makanan pun sedap. Senang ckp, kalo dh duduk sekali, surely nk duk situ lagi. Harga rm130 satu bilik trmasuk bfast.. bajet lebih sikit tp puashati. Alang2 bercuti :)

4) Menurut kata kwn2 sy, next month dh mula peak season. Org putih membanjiri krabi, lari dari winter kan.. harga hotel, resort, makanan dll akan naik double

5) Stay d Guitar Resident, Ao Nang beach. Rm60 per nite, bilik besar bole msuk 5org (stu katil king + stu single + berandah + ruang besar) . Kt town stay dkat Pak-Up hostel. Rm23 per pax.
(D sarankan stay kt town 1mlm je tme nk g night market tu je, mlm lain pegi la duk Aonang Beach.. Sbb mlm kt town xd pape.. Kt Aonang idup sket)

1st day :
pagi naik gajah rm40, ptg buat kayak Ao Thalene + sunset + bbq rm80. (Optional amek half day kayak at Ao Thalene rm40 je. Sma cma xd bbq dinner)

2nd day :
Rm85 phi phi island plus lunch. Mlm jln2 di Night Market.

3rd day :
Rm90 water rafting + safari show + mkn buah + g trekking g waterfall. Start kul 8 pg. jauh jln. Smp ao nang blek dh ptg.

Ari ke 4 :
Pegi 4island hoping rm35. Dr pg pkul 8, abes dlm ptg cmtu kul 230. 

Boleh kol / msg tour guide ni nma Abg Din : 08 0398 0089
(Krabi Rungtawan Tour)
Boleh ckp melayu, kaunter btol3 dpn Aonang beach.

6) Aonang tropical resort. Satu malam boleh dapat dalam rm80-rm90. Ada pool. Owner bagi masak dekat pantry dorg. Tempat cosy and nice. Bilik cantik. Sedang berada dekat resort ni malam ni, baru sampai krabi. 

7) 

Wednesday, October 22, 2014

Itinerary 5D4N in KRABI with budget around RM400 (GROUND)

courtesy by: Ishak Shaharun

Itinerary for 5D4N in krabi. Total cost overall RM400 exclude flight .

Day 1
Smpai airport , then amek van pg ke aonang town . Untuk van cas 1050baht satu van , tu kalau semua pg satu tmpt. Cth kalau hotel lain2 , dia cas 1250baht. And satu van boleh muat around 12org.
Mcm kitrg haritu smpai airport cari org malaysia , then deal dgn diorg , naik satu van. If naik teksi which boleh muat 4 org , harga dia 600baht. Dia akan hanta smpai depan hotel korg .
Kitorg stay dkt 3 bees guest house. Mcm yg ada dlm gambar tu. Ni org italy punya. Hotel not bad. Selesa. Satu malam 500baht (rm50) untuk twin share . Bilik ada econ , kipas , tv , katil semua complete. Kitrg stay 3 mlm so total satu bilik 1500 baht . Sorg dlm 750baht untk 3 malam . Hotel ni dlm 50m dari masjid and 300m dari town . Mcm kitrg haritu menapak je dari hotel ke town. Kardio sikit. Haha. Ramai gak yg terkejut bila kitrg ckp jalan kaki dari hotel ke town.
Tp kalau korg nk sewa motor pn boleh. Just 200baht perday . Murah enn. Tp jgn harap la dpt z1000 ke ninja ke. Dia bgi scooter comel yg boleh muat smpai 4 org . Bojan.
Smpai hotel , kitrg check in , ltk brg , rehat jap , lps maghrib baru keluar untk cari makan kat town . Kat town aonang sng gila nk dpt kedai halal , so pndai2 la korg cari. Tp i suggest mkn kat warung senang2 thai. Wifi pn ada kat kedai tu . Harga pn not bad la. 75baht untk sepinggan nasi goreng yg superb . Btw dia boleh ckp malay. Tp agak noob sikit.
Kalau yg nak save tu , korg boleh jalan kedepan sikit , dkt dgn pantai. Dpn aonang police station , ada bnyk stall2 tepi jalan. Tp stall ni ttp awal rasanya. Kul 8 or 7 ttp dah. Kat sini mmg dijamin halal. Sepinggan nasi goreng hnyalah 50baht .
Ok , lps hbs mkn , kitrg jalan survey untk dpt nxt day pnya package. Rata2 bg harga range 1300baht untuk satu jenis program. Tp ada satu TA ni , boleh bg murah . Kalau pndai deal n bodek . Dkt 2 jam gak ah kitrg pujuk dia. At last dia bagi tour 7island yg famous include lunch 900baht per person , and untk satu lagi program , emerald pool+naik gajoh+hot spring waterfall+temple tiger include lunch for 900baht perpax. So total 1800baht for 2 days full aktiviti. Btw nama TA tu everyday travel and tours . Sebelah aonang police station , berhadapan ocean market. I tnya owner hotel , dia pn ckp situ antara TA yg plg murah. So settle kitrg punya bajet untk 2 hari aktiviti .

Day 2
Van pickup kat hotel jam 830am. So korg kena bgun awal ler . Van akn bwk korg pg pntai trus , kat sana akan ada org guide korg. Btw , dia bagi speedboat. Berkuasa 2500cc kalau tak silap lah. Haha. Bukan naik boat yg papan tu . Dia akan bwk pg 7island . Which is phi phi island , maya bay , monkey bay , lagi 4 tak ingt la plak. Hehe. And 4 station untk snorkeling. Mmg superb ikan2 kat sana. Semua jenis mesra rakyat , tak sombong .
Satu pulau dlm 45 min to 1 and half hour. And and and , kt ats boat dia akn provide korg some snacks and mineral water. Kitrg dlu dpt appolo cake and tembikai. Kembung gak prut mkn tembkai. And then , korg akan lunch dkt phi phi island. Buffet lunch yg sgt superb , ada tomyam , spageti , nescafe panas semua ada , and boleh tambah kalau korg nak . Settle 7 pulau dijajah , kitrg blk ke jeti around 430pm mcm tu. And then dia akn hanta masing2 balik ke hotel. Settle aktiviti hari ke dua. Mlm tu korg boleh la berjalan kat town ke , nk rest ke .

Day3
Sama mcm day 2. Kul 830am dia akan amek korg depan pntu hotel . Kalau lmbt sikit nnt dia bebel , so tahan jela telinga tu nk dgar dia ckp bahasa dia . Kali ni dia bwk kitrg pg hot stream waterfall , kat sini korg boleh rasa air suam yg mcm ada kat langat , tp ni view dia a bit cantik lah. Kalau nk bergambar boleh la. Tp tmpt dia kecil sikit . So agak pack .
Then , kitrg pg ke emerald pool and blue pool. Tmpt ni superb gila. Rugi ah kalau korg tk berendam dlm emerald pool ni. So prepare la bwk baju extra ye. Hbs mandi di kolam biru , kitrg naik gajah pulak . Sblm tu dia bagi lunch dlu . Naik gajak dlm 30minit. So korg boleh la nk bkenalan dgn gajah tu masa naik dia. Kalau nasib korg baik , dpt la mandi manda dgn gajah.
And last aktiviti kitrg pg tiger temple. Dia lebih kurg mcm batu caves , tp ni lagi tggi . Ada 1260 ank tgga. Nk tknk kitrg gagah kn diri juga naik atas , even ada dua tiga org kecundang di tngga ke 200++ . 
Smpai puncak , ada patung buddha. View lawaa. Boleh nmpk airport , semua boleh nmpk. Masa kat ats tu sejuk gila. Maybe sbb baru lps hujan renyai kot. rugi jgk la kalau siapa yg tak smpai atas. Haha. And kitrg smpai hotel around 6pm mcm tu. Btw dari satu tmpt ke satu tmpt boleh tahan jauh gak la.

Day 4
Harini , kitrg sewa motor untuk satu hari. Memandangkan last day kitrg kat sini. Sbb flight esk kul 755am. Sewa motor 200baht untk satu hari. Korg kena tglkan satu pasport kat owner , baru boleh sewa motor. btw , proses pemulangan motor boleh dibuat sblm kul 8pm or keesokan harinya. Dia bukk kul 8am .
Dah dpt motor apa lagi , merempit lah smpai ke krabi town , ingt nk ke phuket . Tpi masa tak ckup. So pukul 8pm kitrg pulang motor. Ohh , btw , kitrg dah siap deal van untk hntar pg airport kul 1am. Harga 600baht satu van . Kitrg mlm last tu tido kat airport je. Save budget and takut tak terbangun .
And kalau korg nk beli souvenier , beli dkt kedai makcik ats ni. Sebelah warung senang2 thai. Dia boleh bg murah. Siap bg free satu baju kalau beli bnyk . I yg tk beli bju pn dia bg free selai sbb suh member beli stu. Sehelai baju 100baht , and for singlet 120 baht. And then kul 1pagi van amek kitrg bwk p airport. Ada jugak yg tdo airport. Dont worry. Tp kena pndai jaga brg lah.
And thats all my itinerary yg tk seberapa for 5D4N in krabi.

(thanks to pemunya nota)

Soalan: return or one way ticket?

jawapan:

1) Depends. Air asia beli 1 way or return harga lbh krg sama aje (maybe credit card fees je la kot byr 2x if beli asing2), kalau premium airlines mcm MAS, SIA, Qantas, etc etc return better :)

2) international - better beli roundtrip.. domestic - tgk keadaan, beli single trip kalau murah, return ticket beli tggu tiket murah lg..

Thursday, October 9, 2014

tips: hunting tiket murah

"kalau AA setiap hari isnin, Big hari rabu.. MAS random day promotion dia.."

by: tuan zul BBM

Thursday, October 2, 2014

Nota 2: Tokyo

Asslm dan selamat sejahtera kepada warga BBM semua, sekadar berkongsi pengalaman saya serta 2 rakan pergi ke tokyo jepun selama seminggu pada 11-17 september 2014 lepas. Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut

Tiket penerbangan : RM8++ (return)
Tempat tinggal : RM500 seorang utk seminggu (total RM1500 bahagi 3org. kami tinggal/menyewa sebuah bilik dirumah orang jepun.cari kat airbnb.com)
Tiket train selama seminggu : sekitar RM300 (ikut iternary)
Makanan : seorang kalau sekali makan di restoran halal di sana dalam RM30. Kami masak sendiri.beli telur,beras 5kg dalam RM60 dan bawa lauk brahims/maggi dan lain-lain.

Kami pergi tak ada orang guide,Cuma buat iternary tempat2 yang nak pergi dan print peta/direction dari google maps (pada saya google map ni betul Cuma kadang2 tak berapa tepat). Daripada 20 tempat cadangan (iternary) untuk di lawati,kami berjaya melawat 15 tempat.


Pada saya antara perkara-perkara yang perlu semasa travel di sana
1)Poket Wifi
2) telefon (untuk buka google maps,tengok peta/laluan,kos train)
3) Power bank
4) kalau sesat jangan malu bertanya,walaupun orang sana tak fasih berbahasa inggeris tetapi meraka akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita.


Insyallah kalau panjang umur dan murah rezeki kami akan pergi lagi tahun depan,mungkin ke Osaka.
Saya ada update gambar-gambar di blog saya (akan di update dari semasa ke semasa .jemput singgah.
Terima kasih


----

saya sewa poket wifi dengan tuan rumah,agak murah compare sewa dengan company telco terus. rm90 untuk seminggu

kopipes dengan izin.

nota 1: Istanbul

kopipes dengan izin dari: Virda Ghazali

ni dari pengalaman saya...

kat Turkey tu... jgn shopping kat Grand Bazaar... tu tempat tourist so harga2 barang pun sgt2 grandeur... cth lampu yg colorful yg ala seramik handmade tu harga mula 180 Turkish Lira (TL), kalo pandai tawar & buat2 'saya suka sgt tapi sy nak pegi cari kedai lain yg lagi murah' dorang akan tahan kita dgn turunkn harga, dapatlaa last price 40TL... tapi i tak beli pun... sedangkan kat Spice Bazaar, lampu yg sama, harga mula dia 20TL, kalo beli byk dpt last price 17TL each.

Pashmina kat Grand Bazaar paling murah berjaya dapat tawar 45TL, padahal kat Spice Bazaar harga mula 25TL... (I beli 3 dapat 20TL each walaupun tak tawar) tapi jgn laa berlagak mcm org berada, I dpt harga murah sikit kat spice bazaar tu mungkin sebab i nmpk mcm student yg baget kecik nak beli barang... sebab kalo org yg mmg nmpk mcm pelancong, dorang tala pashmina tu 55TL each sebagai harga mula... 50TL harga last.

pastu kalo g cappakodya, pamukkale Bursa,Bolu ect tu, kalo jumpa souvineer yg berkenan dan harga berbaloi beli jer siap2... sbb ada kemungkinan tak jumpa dah kat Grand or Spice Bazaar.. kedai kat R&R dorang pun ada kalanya jual barang menarik n sgt murah.. cth I beli penanda buku 1TL each... dan jam dinding cantikn yg penuh dgn blue eyes tu 15TL jer kat R&R otw g Bolu, padahal kat Bazaar paling murah tanya 45TL.

kat pigeon valley ada gerai jual beg kecik2 sulam design turkey 2tl each beli 10 free 1... I tak beli sebab tak sempat & percaya kata org kat Bazaar ada lagi byk design dan lagi murah...malangnya kata org itu tidak betul.

apa lagi eh nak share...
ohh fridge magnet beli/tawar sampai harga dia 2.50TL each..
bajutshirt, kalau kain cotton yg sgt lembut tu sila tawar 20TL each atau tshirt biasa 10TL each.. dorang tala harga mula antara 50-60TL each...

Kalao ada kedai yg insist guna Euro tapi korang nak guna TL, pastikan dorang darab antara 2- 2.3 sahaja... sbb kitorang kena tipu kedai tu darab 3.0..

Oh yaa... round2 Istanbul naik tram atau public bas dia jauh lebih baik berbanding sewa kete atau naik taxi... 

1st thing to do ialah beli peta... 2TL each, turki kedekut peta... kalo kat M'sia boleh dpt free je merata2... kat sana cuma jumpa kat hotel2 atau info center pun kedekut and kena bayar..

naik tram sampai stesen hujung and patah balik turun kat enomonu (paling dekat dgn spice Bazaar) then korg jalan sikit jumpa pasa mehmut kot namanye, boleh beli fresh fruits, jalan sikit lagi sampai laa Grand Bazaar tengok suasana, architecture klasik dia ect... korang sebenarnya dh cut 4 ke 5 stesen tram, kat GB kalo kat gate 7 pun ada stesen tram..

Oh Istanbul mesti g Topkapi Palace... spend atleast 3 jam dalam tu sampai puas... so keluar pagi2 tuju situ dulu, beli tiket kat mesin vending... jgn beratur, panjang giler and slow giler kaunter tiket tu.. beli tiket jugak utk masuk bahagian harem, (kalo korg jenis yg sgt suka seni dn sejarah angkor wat, borobudur) cantik & boleh fefeeling puteri anatolia... 

------

hurmm nak mencelah sikit..hehe..kat istanbul kalau nk peta free boleh ke kaunter information centre, kat situ akan dibekalkan peta..kat mane nak jmpa? di stiap stesen jeti feri ada..Di sebelah european side, bleh didapati di jeti eminonu, ada tram klau nek dr sultanahmed tu terus ke eminonu..kalau nk lebih murah guna public transpot beli kad untuk nek tram, sbb skali pejalanan 1.75TL dan untuk kedua 1 TL berselang seli. dan kad tu plak bleh guna lebih dri sorang. ,kad tu jgak boleh dpat kat kaunter jeti feri. Cadangan sy ialah try naik feri di Istanbul, seronok2 


Yes btul,grandbazaar mahal skit ,spice bazaar murah n mcm2 ade esp klau g lorong2 kt blkg yg area2 luar tu.. Nk bli set2 gelas teh turki kt spice bazaar murah,dgn sudu2 ala2 ade diamond tu.mcm2 kaler ade..klau xckup cash,ade ATM visa kt shoplot luar spice bazaar,actlly rate lg ok.table runner ala2 english n lace2 pon ade kt shoplot c2..