Thursday, October 2, 2014

Nota 2: Tokyo

Asslm dan selamat sejahtera kepada warga BBM semua, sekadar berkongsi pengalaman saya serta 2 rakan pergi ke tokyo jepun selama seminggu pada 11-17 september 2014 lepas. Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut

Tiket penerbangan : RM8++ (return)
Tempat tinggal : RM500 seorang utk seminggu (total RM1500 bahagi 3org. kami tinggal/menyewa sebuah bilik dirumah orang jepun.cari kat airbnb.com)
Tiket train selama seminggu : sekitar RM300 (ikut iternary)
Makanan : seorang kalau sekali makan di restoran halal di sana dalam RM30. Kami masak sendiri.beli telur,beras 5kg dalam RM60 dan bawa lauk brahims/maggi dan lain-lain.

Kami pergi tak ada orang guide,Cuma buat iternary tempat2 yang nak pergi dan print peta/direction dari google maps (pada saya google map ni betul Cuma kadang2 tak berapa tepat). Daripada 20 tempat cadangan (iternary) untuk di lawati,kami berjaya melawat 15 tempat.


Pada saya antara perkara-perkara yang perlu semasa travel di sana
1)Poket Wifi
2) telefon (untuk buka google maps,tengok peta/laluan,kos train)
3) Power bank
4) kalau sesat jangan malu bertanya,walaupun orang sana tak fasih berbahasa inggeris tetapi meraka akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita.


Insyallah kalau panjang umur dan murah rezeki kami akan pergi lagi tahun depan,mungkin ke Osaka.
Saya ada update gambar-gambar di blog saya (akan di update dari semasa ke semasa .jemput singgah.
Terima kasih


----

saya sewa poket wifi dengan tuan rumah,agak murah compare sewa dengan company telco terus. rm90 untuk seminggu

kopipes dengan izin.

No comments:

Post a Comment